Anak Syarikat Exsim Hospitality Raih Kontrak Kerja Reka Bentuk Dalaman Bernilai RM63.5 Juta
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Exsim Hospitality Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Exsim Concepto Sdn Bhd (ECSB), menerima surat lantikan daripada Cosmopolitan Avenue Sdn Bhd untuk kerja-kerja reka bentuk dan binaan dalaman di bawah kontrak bernilai RM63.5 juta.