Zetrix AI Group Nafi Tuduhan Terlibat Dengan Rasuah
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Zetrix AI Group Bhd menafikan sebarang penglibatan atau kaitan dengan bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan susulan khabar angin yang mengaitkan syarikat itu dengan tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap beliau hari ini.