Ekonomi Malaysia Dijangka Tumbuh Lima Peratus Pada 2026 - Akmal Nasrullah
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berada pada kira-kira lima peratus pada 2026 berdasarkan momentum pertumbuhan ekonomi semasa yang kukuh, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.