Patuhi Syor RCI: TH Agih Keuntungan Berdasarkan Keputusan Kewangan Diaudit
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) hanya diumumkan berdasarkan keputusan kewangan yang telah diaudit, sekali gus memperkukuh integriti proses pelaporan kewangan dan meningkatkan keyakinan pendeposit terhadap institusi.