TH Perlu Elak Tekanan Kejar Pulangan Tinggi, Sebaliknya Tumpu Asas Stabilkan Pendapatan
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin dan Mohd Noor Azeery Idris
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Penekanan aspek seperti kestabilan pendapatan, kecairan dan keselamatan modal perlu terus menjadi asas bagi dasar pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) memandangkan institusi itu menguruskan simpanan yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.