RMS Lancar MyARX Perkukuh Transformasi Digital Ar-Rahnu X’Change
GEORGE TOWN, 12 Sept (Bernama) -- Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS), subsidiari milik penuh Bank Rakyat, melancarkan aplikasi mudah alih MyARX sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh transformasi digital perkhidmatan Ar-Rahnu X’Change.