BERITA TERKINI   Semua perkhidmatan JPJ melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai 5 Okt 2026 - KP JPJ | Aichi-Nagoya 2026: Skuad skuasy lelaki negara raih emas acara berpasukan tewaskan Pakistan 2-0 | Petronas Chemicals lantik Izwan Ismail sebagai pengarah urusan dan CEO berkuat kuasa 1 Jan 2027 | Aichi-Nagoya 2026: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang raih emas kelapan negara menerusi acara keirin lelaki | Piala ASEAN FIFA 2026: Harimau Malaya perlu kekalkan momentum menjelang pertemuan menentang Vietnam - PM Anwar | 

Terdapat 3 berita berdasarkan kata kunci carian " nota janji"

Peluang TH Pulihkan Keseluruhan Baki Award Al-Rawda Rendah - Pakar

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Peluang Lembaga Tabung Haji (TH) mendapatkan semula keseluruhan award timbang tara bernilai SAR899 juta (kira-kira RM978 juta) daripada Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd (Al-Rawda) adalah rendah, dengan usaha mendapatkan semula baki tersebut kini banyak bergantung kepada kejayaan menjejak dan menguatkuasakan aset syarikat atau penjamin peribadi, kata pakar.

TH Catat Kerugian RM13 Bilion Daripada 14 Pelaburan, Tujuh Rugi 100 Peratus - Amir Hamzah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat kerugian hampir RM13 bilion menerusi 14 pelaburan bermasalah dengan tujuh daripadanya merekodkan kerugian 100 peratus,  kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

TH Teruskan Usaha Dapatkan Baki Award Timbang Tara Daripada Al-Rawda

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) – Lembaga Tabung Haji (TH) sedang meneruskan usaha mendapatkan baki award timbang tara daripada syarikat pemaju hartanah dan pengurusan projek berpangkalan di Arab Saudi, Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd termasuk menerusi penjejakan aset selepas syarikat itu hanya membayar SAR14.9 juta daripada award berjumlah SAR899 juta.