RCI: Jaminan Kerajaan RM88 Bilion Perlu Diaktifkan Jika TH Gagal Pelan Pemulihan
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Jaminan kerajaan kepada pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang kini bernilai RM88 bilion perlu diaktifkan sekiranya TH gagal melaksanakan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH 2018, menurut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.