BERITA TERKINI   Kerajaan akan laksanakan reformasi dan islah sedayanya termasuk perkukuhkan Akta TH dan tadbir urus - Dr Zulkifli | TH beli tanah di TRX daripada 1MDB, dengan persoalan timbul apabila CEO TH merupakan ahli lembaga pengarah 1MDB | TH labur dalam Putrajaya Perdana, pengerusi TH ketika itu sebagai pengerusi Putrajaya Perdana dan syarikat terkait dalam urus niaga 1MDB dengan kerugian RM145.3 juta | Al-Rawda diarah bayar SAR899 juta, namun hanya bayar sebahagian apabila didapati tidak mempunyai kemampuan kewangan, sebanyak SAR14.9 juta sebelum gagal mematuhi terma Perjanjian Penyelesaian | TH memajak 4 hotel di Mekah & Madinah dari 2015 hingga 2017, bayar kira-kira RM1.55 bilion secara 'upfront' kepada Al-Rawda, satu transaksi yang luar biasa dan tidak ‘normal’ - Dr Zulkifli Hasan | 

Terdapat 1 berita berdasarkan kata kunci carian " perjanjian penyelesaian"

TH Teruskan Usaha Dapatkan Baki Award Timbang Tara Daripada Al-Rawda

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) – Lembaga Tabung Haji (TH) sedang meneruskan usaha mendapatkan baki award timbang tara daripada syarikat pemaju hartanah dan pengurusan projek berpangkalan di Arab Saudi, Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd termasuk menerusi penjejakan aset selepas syarikat itu hanya membayar SAR14.9 juta daripada award berjumlah SAR899 juta.