Kerajaan MADANI Berjaya Bina Semula Daya Tahan Fiskal Negara - PM Anwar
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan MADANI telah berjaya membina semula daya tahan fiskal negara dengan menurunkan defisit fiskal 6.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021 kepada 3.6 peratus pada 2026 dan seterusnya dijangka mencecah 3.3 peratus menerusi langkah secara berperingkat dan bersasar.