ASEAN Lancar Sekolah Pengawalseliaan Untuk Perkukuh Kerjasama Tenaga Serantau
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- ASEAN School of Regulation (ASR) (Sekolah Pengawalseliaan ASEAN) telah dilancarkan secara rasmi pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-44, menandakan satu langkah penting ke arah memperkukuh keupayaan kawal selia dan kerjasama serantau bagi menyokong peralihan tenaga serta sistem kuasa (tenaga elektrik) saling berhubung di ASEAN.