Unit Go Hub Peroleh Kontrak Selenggara Sistem Tiket Ktmb Bernilai RM64.79 Juta
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Go Hub Capital Bhd, NSS IT Solution Sdn Bhd menerima surat setuju terima daripada Tenang Capital Bhd (TCB) bagi penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan untuk Sistem Tiket Bersepadu, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berjumlah RM64.79 juta.