BNM Kenakan Penalti Ke Atas Setel, Standard Chartered Bank, Standard Chartered Saadiq
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran terhadap Setel Ventures Sdn Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, dan Standard Chartered Saadiq Bhd atas kegagalan mematuhi keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar (TFS).