EPMB, Hebei Shichang Tubuh Kilang Pembuatan Tangki Bahan Api Proton Bernilai RM100 Juta
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) memeterai usaha sama (JV) dengan Hebei Shichang Auto Parts Co Ltd, syarikat sistem bahan api yang disenaraikan di Beijing, untuk menubuhkan kilang pembuatan bernilai RM100 juta yang menumpukan kepada pengeluaran tangki bahan api termaju untuk Proton.