TahuXTahu Sasar Jualan Tauhu Bergedil Cecah Tujuh Angka Pada 2026
Oleh Nur Fadhliana Shari
JOHOR BAHRU, 7 Ogos (Bernama) -- Bermula dengan hanya satu guni kentang sehari yang mampu menghasilkan 150 pek tauhu bergedil (900 biji), pengusaha makanan tempatan TahuXTahu yang mula beroperasi pada 2017 itu kini meraih pencapaian membanggakan apabila pengeluarannya meningkat hingga 100 guni kentang sehari (15,000 pek) pada waktu puncak, bersamaan 90,000 biji.