BERITA TERKINI   Semua institusi pendidikan KPM di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok - JPNS | Fasa pertama JENDELA 2 di Sarawak libatkan 350 lokasi dengan peruntukan RM545 juta - Fahmi Fadzil | RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini | China mahu perluas kerjasama dengan Malaysia melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan - TPM Ahmad Zahid | China sedia teliti pembiayaan bagi projek berimpak tinggi di Malaysia menerusi Exim Bank China - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 1 berita berdasarkan kata kunci carian " tengku zafrul tengku abdul aziz"

Belanjawan 2027: Siapa Yang Untung?

Oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Begitulah perasaan saya setiap kali menyediakan belanjawan negara ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu. Dari pagi hingga lewat malam, meneliti angka demi angka yang tidak pernah cukup untuk memenuhi semua keperluan negara. Setiap ringgit ‘direbut’ dan ‘dibahas’. Bantuan yang sangat diperlukan sesebuah keluarga pada hari ini terpaksa diimbangi dengan disiplin kewangan demi masa depan anak -anak mereka – satu tanggungjawab yang bukan mudah.