Pusat Perdagangan Antarabangsa Linyi Sasar Lebih Banyak Penyertaan Syarikat Malaysia
Daripada Norhayati Mohd Akhir
LINYI (Shandong), 25 Okt (Bernama) -- Pusat Perdagangan Antarabangsa Linyi menyasarkan lebih banyak penyertaan syarikat dari Malaysia bagi memperluas hubungan perdagangan dua hala menerusi penyediaan ekosistem perkhidmatan pusat sehenti, kata Pengurus Operasinya Wang Jisheng.