Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Akan Perkukuh Kerjasama Dengan Pelabuhan Malaysia, ASEAN
Oleh Nur Aiman Najwa Dzamae
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Hainan bakal muncul sebagai pintu masuk utama antara China dan ekonomi global susulan pembangunan Pelabuhan Perdagangan Bebasnya (FTP) yang akan menyediakan peluang baharu merangkumi rantaian bekalan, perdagangan digital, pelaburan, pelancongan dan pendidikan.