Airwallex Mahu Gandakan Jumlah Tenaga Kerja Di Malaysia, Perkukuh Kedudukan
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Firma teknologi kewangan global, Airwallex berhasrat menggandakan bilangan tenaga kerjanya di Malaysia pada tahun ini sejajar dengan langkah memperkukuh kedudukan di peringkat tempatan, dipacu oleh jumlah transaksi rentas sempadan yang meningkat.