Pengerusi TH Abdul Rashid Hussain Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Abdul Rashid Hussain telah menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada ‘Business Today Industry Choice Awards 2026’ sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan perjalanan kerjaya cemerlangnya dalam industri perkhidmatan kewangan Malaysia.