BYD Malaysia Sasar Suku Pertama 2027 Bagi Pemasangan Tempatan Shark 6
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- BYD Malaysia menyasarkan suku pertama 2027 untuk melancarkan unit pertama trak pikap BYD Shark 6, dipasang secara tempatan, model itu merupakan model pertama dipilih untuk operasi pemasangan tempatan syarikat tersebut di negara ini.