Celestica Akan Wujudkan Lebih 2,100 Peluang Kerja Di Malaysia, Sokong Pertumbuhan AI
GEORGE TOWN, 17 Ogos (Bernama) -- Celestica Inc dijangka menambah lebih 2,100 lagi pekerjanya di Malaysia, seiring dengan peningkatan permintaan global terhadap infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.