NCER Rekod Realisasi Pelaburan RM116.4 Juta Setakat 30 Sept
KANGAR, 3 Nov (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merekodkan realisasi pelaburan berjumlah RM116.4 juta setakat 30 Sept lepas sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi pembangunan ekonomi negeri Perlis.