BERITA TERKINI   Piala ASEAN FIFA: Malaysia 0-0 Indonesia | Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 pada 6.36 petang | 

Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian "fgv holdings"

FGV Lantik Firma Audit Bebas Perkukuh Tadbir Urus Kumpulan

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FGV Holdings Bhd (FGV) melantik sebuah firma audit bebas bagi menjalankan forensik audit berhubung perkara-perkara khusus melibatkan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan kumpulan.

Usaha Sama LSH Infra-Pertama Makmur Raih Projek Lebuhraya Bertingkat BSE

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha sama LSH Infra Sdn Bhd dan Pertama Makmur Sdn Bhd Joint Venture telah dianugerahkan cadangan pembangunan Projek Lebuhraya Bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan (BSE) bagi mengukuhkan aspek kesalinghubungan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Greater Kuala Lumpur.

Nurul Muhaniza Hanafi Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan FGV

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- FGV Holdings Bhd melantik Nurul Muhaniza Hanafi sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa hari ini, sekali gus menjadi wanita pertama menerajui syarikat itu.

TH Perlu Kurangkan Kebergantungan Terhadap Pendapatan Sukuk UJSB -- Ahli Parlimen Bentong

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan diminta memperincikan langkah untuk mengurangkan kebergantungan Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas pendapatan sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang menurut Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyumbang hampir 26 peratus daripada pendapatan tahunan institusi itu.

Pelaburan Dalam Putrajaya Perdana Heret TH Dalam Urus Niaga 1MDB, Rugi RM145.3 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) dalam Putrajaya Perdana Bhd (PPB) serta meletakkan Pengerusi TH ketika itu sebagai pengerusi Putrajaya Perdana, mengheret TH dalam urus niaga 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga TH mengalami kerugian RM145.3 juta.