Unit Ge-Shen Jual Lima Bidang Tanah Di Johor Pada Harga RM35.50 Juta
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ge-Shen Plastic (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Ge-Shen Corp Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan Plastico Sdn Bhd bagi penjualan lima bidang tanah berstatus pegangan bebas di Tebrau, Johor, pada harga RM35.50 juta.