Cadangan LTAT Jual Pegangan Boustead Plantations Sejajar Syor PAC, Perkukuh Dana Persaraan
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Cadangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk mengurangkan pegangannya dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) di bawah Project Earth itu merupakan langkah penting dalam usaha transformasi berterusan untuk muncul sebagai sebuah dana persaraan yang lebih pelbagai, berdaya tahan dari segi kewangan serta mampan.