Malaysia Di Kedudukan Ke-27 IMD World Digital And AI Ranking 2026, Kedua Terbaik Di ASEAN - PM Anwar
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia melonjak tujuh anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 70 ekonomi dalam IMD World Digital and AI Ranking (WDAIR) 2026 daripada tangga ke-34 pada tahun lepas, sekali gus muncul sebagai negara kedua terbaik di ASEAN selepas Singapura.