KL20: Malaysia Sasar Pelaburan Modal Teroka RM700 Juta Menjelang 2030 -- Akmal Nasrullah
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan nilai pelaburan kalangan pelabur modal teroka mencecah sekitar RM700 juta selain pertambahan kira-kira 2,000 hingga 3,500 syarikat pemula aktif menjelang 2030 menerusi pelaksanaan inisiatif KL20.