Berkat Resipi Ibu, Habsah Koci Leleh Cetus Fenomena Pikat Peminat Kuih Tradisional
JOHOR BAHRU, 28 Julai (Bernama) -- Bermula dengan hanya 200 biji tempahan awal secara kecil-kecilan di rumah sedekad lalu, perniagaan Habsah Koci Leleh kini merekodkan pencapaian luar biasa apabila menerima permintaan sehingga 8,000 biji kuih sehari.