Padini Umum SPRM Batalkan Perintah Beku Akaun Bank
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Padini Holdings Bhd (Padini) hari ini memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membatalkan perintah pembekuan semua akaun bank syarikat itu serta anak syarikat dilaksanakan sebelum ini yang menjadi sebahagian daripada prosedur siasatan.