TNB Percepat Pemodenan Grid, Tampung Permintaan Semasa Dan Akan Datang - Ketua Pegawai Eksekutif
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur grid dan mempercepat pemodenan rangkaiannya bagi mengukuhkan sistem bekalan elektrik Malaysia, meningkatkan integrasi tenaga boleh baharu serta menampung permintaan pada masa depan.