P.Pinang Perkenal Strategi 3I Baharu, Perkukuh Sektor Pelancongan Kapal Persiaran - SPPP
GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang mempergiat usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama pelancongan kapal persiaran menerusi cadangan memperkenalkan ‘Strategi 3I’ yang menyasarkan untuk menaik taraf kemudahan pelabuhan dan menarik laluan baharu bagi kapal persiaran antarabangsa.