Kerajaan Kurangkan Kerugian Projek Paip Minyak Dan Gas Kepada RM3 Bilion, Salur RM5 Bilion Untuk Bekalan Air – Anwar
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan berjaya mengurangkan kerugian negara susulan penamatan projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) kepada RM3 bilion menerusi penyaluran semula pinjaman bernilai RM5 bilion bagi membiayai projek bekalan air di utara Perak dan Pulau Pinang.