BERITA TERKINI   Aichi-Nagoya 2026: S. Sivasangari lengkapkan sasaran enam emas negara menerusi skuasy perseorangan wanita | LTdL 2026: Pelumba XDS Astana Team Matteo Malucelli menang peringkat pertama dari Shah Alam ke Kampar | Aichi-Nagoya 2026: Ng Eain Yow raih emas kelima negara menerusi acara skuasy perseorangan lelaki | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini walaupun terdapat momentum positif di pasaran emas Comex Amerika Syarikat.

Semasa penutup, kontrak Mac 2025 turun kepada US$3,022.20 satu auns troy daripada US$3,023.90 satu auns troy yang dicatatkan pada Selasa, manakala April 2025 susut kepada US$3,032.0 satu auns troy berbanding US$3,033.70 sebelum ini.

Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya merosot kepada US$3,042.0 satu auns troy daripada US $3,043.70 semalam.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 48 lot daripada 27 lot, manakala kepentingan terbuka naik kepada 131 kontrak daripada 93 kontrak.

Berdasarkan kepada penetapan, London Bullion Market Association (LBMA) pada 25 Mac, emas fizikal berharga US$3,025.20 satu auns troy.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner