BERITA TERKINI   Harga petrol RON97 kekal pada kadar RM4.35 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun - MOF | Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun - MOF | ASEAN dan Rusia mampu menyumbang secara bermakna dengan memperkukuh kerjasama praktikal berasaskan saling menghormati, keterbukaan dan kepentingan bersama - PM Anwar | ASEAN dan Rusia mampu pupuk ekonomi global lebih berdaya tahan, inklusif dan makmur dengan membina hubungan lebih kukuh antara perniagaan, institusi dan masyarakat - PM Anwar | ASEAN terus percaya bahawa kemajuan ekonomi adalah paling baik digerakkan menerusi kerjasama dan bukannya konfrontasi, serta libat urus dan bukannya peminggiran - PM Anwar | 

Skyworld Development, Entiti Vietnam Meterai MoU Projek Kediaman 13D

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- SkyWorld Development (Vietnam) Company Ltd, anak syarikat milik penuh SkyWorld Development Bhd, telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan entiti dari Vietnam berkaitan pembangunan projek kediaman Complex No 13D.

Kerjasama itu membabitkan Dong Me Kong Construction Manufacture Trading Service Company Ltd (DMK) dan Phu My Development Investment Joint Stock Co (depositori).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata ini membolehkan tempoh rundingan eksklusif dengan depositori sebelum pemeteraian perjanjian tiga pihak bersyarat bagi SkyWorld Vietnam untuk membangunkan bersama projek 13D di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Ad Banner
Ad Banner

“Selepas pelaksanaan MoU ini, SkyWorld Vietnam akan diberi tempoh rundingan eksklusif selama tiga bulan dengan depositori berkaitan projek dan berkemungkinan dilanjutkan dengan persetujuan bersama kedua-dua pihak dari semasa ke semasa.

“Sepanjang tempoh rundingan itu, depositori komited untuk berunding secara eksklusif dengan SkyWorld Vietnam atau penama untuk membangunkan bersama projek 13D,” kata SkyWorld dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Deposit sebanyak VND40 bilion (bersamaan RM6.92 juta) akan dimasukkan oleh SkyWorld Vietnam ke dalam akaun “eskrow” atau perjanjian kewangan yang dibuka dan dimiliki bersama oleh pihak-pihak berkaitan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pemeteraian MoU.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Setelah pemeteraian perjanjian pembangunan bersama bersyarat (CJDA), keseluruhan deposit MoU akan terus disimpan dalam akaun itu sehingga depositori memenuhi syarat ditetapkan dalam CJDA untuk melepaskan deposit MoU berkenaan.

“Secara terperincinya, depositori akan mengemukakan jaminan bank VND440.0 bilion (bersamaan RM76.1 juta) kepada SkyWorld Vietnam dengan syarat menyertakan satu surat kelulusan Kementerian Kewangan Vietnam bagi pembangunan bersama projek 13D,” katanya.

-- BERNAMA