BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Niaga Hadapan MSM Terus Merosot Susulan Kejatuhan Harga Minyak Mentah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, dipengaruhi kelemahan harga minyak mentah global yang menjejaskan sentimen pasaran.

Ketika laporan ini ditulis, harga minyak mentah penanda aras Brent susut 3.14 peratus kepada US$74.66 setong.

Ad Banner

Pedagang proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng, berkata harga minyak mentah terus tertekan susulan ketegangan geopolitik yang semakin reda di Asia Barat, sekali gus mengurangkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan global.

Menurut beliau, penurunan harga minyak mentah turut memberi tekanan kepada pasaran minyak sawit berikutan prospek permintaan yang lebih lemah terhadap komoditi itu sebagai bahan mentah pengeluaran biofuel.

“Penurunan harga minyak mentah menjejaskan daya tarikan minyak sawit sebagai bahan suapan biofuel, sekali gus mengekang sentimen pasaran.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kami menjangkakan paras sokongan berada pada RM4,500 satu tan, manakala paras rintangan pada RM4,700 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, kontrak Julai 2026 susut RM25 kepada RM4,575 satu tan, manakala kontrak Ogos 2026 turun RM24 kepada RM4,603 satu tan.

Kontrak September dan Oktober 2026 masing-masing merosot RM25 kepada RM4,633 dan RM4,659 satu tan.

Sementara itu, kontrak November 2026 susut RM22 kepada RM4,684 satu tan, manakala kontrak Disember 2026 berkurangan RM24 kepada RM4,709 satu tan.

Jumlah dagangan menurun kepada 63,067 lot berbanding 81,314 lot yang direkodkan pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 286,122 kontrak daripada 289,866 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan berkurangan RM20 kepada RM4,590 satu tan.

-- BERNAMA