BERITA TERKINI   Aichi-Nagoya 2026: S. Sivasangari lengkapkan sasaran enam emas negara menerusi skuasy perseorangan wanita | LTdL 2026: Pelumba XDS Astana Team Matteo Malucelli menang peringkat pertama dari Shah Alam ke Kampar | Aichi-Nagoya 2026: Ng Eain Yow raih emas kelima negara menerusi acara skuasy perseorangan lelaki | MCMC, Meta adakan mesyuarat esok berkaitan kes akaun WhatsApp disekat - Teo | MCMC sekat 101.66 juta panggilan 'spoof' dari Februari hingga Ogos lepas - Teo | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas  disokong oleh pengukuhan dalam minyak kacang soya dan minyak mentah, kata peniaga minyak sawit David ng.

Beliau berkata keuntungan tersebut banyak didorong oleh pemulihan dalam sentimen pasaran. 

Ad Banner

“Kami melihat sokongan pada RM4,150 satu tan dan rintangan pada RM4,300 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, kontrak April 2025 meningkat RM17 kepada RM4,461 satu tan, Mei 2025 menokok RM130 kepada RM4,461 dan Jun 2025 memperoleh RM133 kepada RM4,333.

Kontrak Julai 2025 menambah RM211 kepada RM4,333 satu tan, Ogos 2025 melonjak RM140 kepada RM4,212 satu tan dan September 2025 naik RM168 kepada RM4,212 satu tan.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan berkembang kepada 171,390 lot daripada 90,966 lot yang dicatatkan pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 486,398 kontrak berbanding 247,188 kontrak sebelum ini. 

Harga MSM fizikal untuk April Selatan jatuh RM30 kepada RM4,520 satu tan.

-- BERNAMA