BERITA TERKINI   Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | Penerangan mengenai krisis bekalan global akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan - Akmal Nasrullah | Malaysia kekal pendirian tidak iktiraf junta Myanmar, lawatan tidak rasmi saluran komunikasi tangani krisis - Mohamad Hasan | ASEAN teliti pendekatan baharu perkukuh pelaksanaan 5PC bagi krisis di Myanmar - Mohamad Hasan | 

Kehadiran, Pelaburan Syarikat Global Utama Jamin Kemampanan Tenaga Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kehadiran dan pelaburan syarikat-syarikat utama seperti syarikat minyak terkemuka Amerika Syarikat (AS) ConocoPhillips amat penting dalam menjamin kestabilan serta kemampanan tenaga negara. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kehadiran syarikat berkenaan juga berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam sektor minyak dan tenaga.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ConocoPhillips Ryan Lance di pejabatnya di Putrajaya petang ini. 

Ad Banner

ConocoPhillips adalah syarikat minyak terkemuka AS yang terlibat dalam aktiviti penerokaan, pembangunan dan pengeluaran minyak di peringkat global termasuk di Malaysia, kata Anwar.

"Dalam pertemuan ini, saya menegaskan bahawa Kerajaan MADANI komited dengan dasar yang jelas dan mesra pelabur bagi memastikan keyakinan syarikat-syarikat besar seperti ConocoPhillips untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan jangka panjang, " kata beliau.

Anwar berkata dalam pertemuan itu, ConocoPhillips turut menyatakan komitmen berterusan mereka terhadap pelaburan di Malaysia, termasuk penglibatan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran Kluster Kebabangan (KBBC PSC) di Sabah, yang dikendalikan melalui anak syarikatnya ConocoPhillips Sabah Gas Ltd bersama rakan strategik Petronas.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Terdahulu, dalam sesi Dialog Kepimpinan bertajuk “Gas and Liquefied Natural Gas: Investing for the Long Term” pada Persidangan Energy Asia 2025 di ibu negara, Lance berkata ConocoPhillips memberikan tumpuan pelaburan di Sabah dan pada masa sama mengukuhkan komitmen jangka masa panjangnya terhadap Malaysia.

Lance berkata pihaknya sedang berbincang dengan Petronas mengenai peluang pelaburan di negara ini.

-- BERNAMA