BERITA TERKINI   Aichi-Nagoya 2026: Atlet karate C.Shahmalarani sumbang emas ketiga negara dalam acara kumite bawah 50kg wanita | Aichi-Nagoya 2026: Atlet e-sukan Taj Izrin Aiman Taj Madira raih emas kedua negara dalam perlumbaan Gran Turismo 7 | Malaysia dan China berada pada kedudukan baik untuk bersama-sama memacu sektor pembuatan, AI, robotik, automasi industri, EV, semikonduktor dan teknologi digital - PM Anwar  | 

11 Pemaju Libatkan Lapan Pengguna Hijau Sertai CRESS Sehingga Mei

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Sebanyak 11 pemaju di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) telah berdaftar sehingga Mei 2026, melibatkan lapan pengguna hijau yang terdiri daripada syarikat pusat data, industri teknologi tinggi dan sektor pembuatan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jumlah kapasiti tenaga boleh baharu yang terlibat adalah kira-kira tiga gigawatt.

“Penyertaan ini mencerminkan minat yang positif daripada pihak industri terhadap mekanisme bekalan elektrik hijau secara langsung, khususnya bagi memenuhi permintaan pengguna korporat berskala besar,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Ad Banner

Beliau menjawab soalan tambahan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai status pelaksanaan dan jumlah peserta industri dalam CRESS.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata program CRESS telah dilancarkan pada 26 Julai 2024 sebagai satu mekanisme pasaran yang membolehkan pengguna korporat mendapatkan bekalan elektrik hijau secara terus daripada pemaju tenaga boleh baharu melalui akses kepada rangkaian grid.

Katanya pelaksanaan CRESS turut menyokong aspirasi negara untuk mempercepat pembangunan tenaga boleh baharu selaras dengan sasaran mencapai 70 peratus kapasiti terpasang tenaga boleh baharu menjelang 2050 di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Ad Banner

-- BERNAMA