BERITA TERKINI   Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | Penerangan mengenai krisis bekalan global akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan - Akmal Nasrullah | Malaysia kekal pendirian tidak iktiraf junta Myanmar, lawatan tidak rasmi saluran komunikasi tangani krisis - Mohamad Hasan | ASEAN teliti pendekatan baharu perkukuh pelaksanaan 5PC bagi krisis di Myanmar - Mohamad Hasan | 

SD Guthrie, Sime Darby Property Meterai Usaha Sama Bagi Hab Industri Pulau Carey

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- SD Guthrie Bhd dan Sime Darby Property Bhd (SDP)  menandatangani perjanjian usaha sama untuk membangunkan kawasan seluas hingga 809.4 hektar di Pulau Carey, Selangor, dalam usaha menyokong pertumbuhan inovasi dan ekonomi mampan di pulau tersebut.

Dalaam kenyataan bersama pada Jumaat, kedua-dua pihak menjelaskan perjanjian itu dimeterai susulan kesepakatan yang dicapai melalui siri perbincangan yang bermula 2023 untuk memacu penciptaan nilai jangka masa panjang di Pulau Carey melalui penubuhan syarikat tujuan khas (SPV).

Kedua-dua syarikat berhasrat merealisasikan potensi Pulau Carey sepenuhnya sebagai hab industri dan logistik terkemuka yang dibangunkan seiring perniagaan kelapa sawit bersepadu yang telah lama bertapak di situ.

Ad Banner

“Pembangunan itu sekal igus akan melengkapi operasi Westport dan Northport yang sedia ada di Pelabuhan Klang,” menurut kedua-dua syarikat itu.

SD Guthrie dan SDP ialah syarikat pelaburan strategik Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Kawasan seluas 809.4 hektar di Pulau Carey menyediakan skala yang diperlukan untuk membangunkan kemudahan logistik bertaraf dunia, rantaian bekalan bersepadu, dan industri bernilai tinggi yang mampu menarik pelabur global, jelas kedua-dua pihak.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Pelabuhan di Pulau Carey juga dijangka mampu bersaing dengan pelabuhan serantau di Singapura, Thailand dan Vietnam, sekali gus menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi pusat logistik serantau terkemuka,” tambah SD Guthrie dan SDP.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata kerjasama strategik antara SD Guthrie dan SDP itu sejajar dengan aspirasi nasional dan inisiatif GEAR-uP oleh kerajaan untuk merangsang pelaburan domestik.

“Usaha sama antara kedua-dua syarikat strategik PNB ini akan memberi lonjakan kepada pembangunan mampan di kawasan berpotensi tinggi ini, serta membantu mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi dan perindustrian Malaysia,” katanya.

-- BERNAMA