BERITA TERKINI   Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 setiap perjalanan bermula 1 Jan, 2027 - LTA  | Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | Penerangan mengenai krisis bekalan global akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan - Akmal Nasrullah | Malaysia kekal pendirian tidak iktiraf junta Myanmar, lawatan tidak rasmi saluran komunikasi tangani krisis - Mohamad Hasan | 

SAMENTA Sambut Baik Semakan Semula Peluasan SST

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyambut baik semakan semula Kementerian Kewangan (MoF) terhadap peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), ia sangat bermakna kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Presiden SAMENTA Datuk William berkata semakan itu termasuk ambang jualan tahunan yang lebih tinggi untuk cukai perkhidmatan ke atas penyewaan dan perkhidmatan kewangan yang mengecualikan kira-kira 75 peratus PKS daripada cukai tambahan lapan peratus di bawah peluasan SST.

“Apabila peluasan SST pertama kali diumumkan, SAMENTA adalah antara yang pertama menyuarakan kebimbangan terutamanya mengenai potensi kesannya terhadap PKS.

Ad Banner

“Kami menggesa kerajaan untuk meningkatkan ambang SST, satu langkah bagi melindungi perusahaan lebih kecil, pada masa sama masih membenarkan asas cukai yang lebih luas dan adil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MoF hari ini berkata selepas mempertimbangkan dengan teliti sentimen orang ramai, ia telah memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan peluasan cukai perkhidmatan kepada perkhidmatan kecantikan serta perkhidmatan disediakan oleh tukang gunting rambut dan pendandan rambut.

Selai itu, semua semakan semula kepada peluasan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan telah dibuat selepas mempertimbangkan maklum balas daripada orang ramai dan industri, kata MoF.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ng berkata SAMENTA berterima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendengar kebimbangan mereka dan mengarahkan MoF menyemak semula ambang itu.

“Walaupun kami akan terus menyokong pendekatan seimbang dan mesra PKS dalam pembaharuan cukai masa hadapan, kami menganggap perkara ini telah selesai dan tidak akan menuntut konsesi tambahan berkaitan peluasan SST,” katanya.

Beliau juga menggalakkan PKS terjejas mengambil langkah perlu untuk melaksanakan peluasan SST itu dan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia sekiranya perlu.

-- BERNAMA