BERITA TERKINI   Selangor umum bantuan khas dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri, dibayar menjelang 21 Dis - MB Amirudin  | Selangor peruntuk RM24 juta sektor pengangkutan awam, sasar 60 peratus kadar penggunaan pada 2027 - MB Amirudin | Kerajaan Selangor bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM3.3 bilion, RM1.9 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM1.4 bilion bagi pembangunan - MB Amirudin | PRN Melaka: Pengundi disaran keluar mengundi awal, patuhi arahan SPR - Fahmi | Hubungan Malaysia-Indonesia akan terus utuh tanpa mengira apa yang berlaku dalam dinamika politik - Fahmi | 

Amerika Syarikat Kenakan Tarif 25 Peratus Ke Atas Semua Produk Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas sebarang dan semua produk Malaysia yang dieksport ke negara itu, berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini, berasingan daripada semua tarif sektor.

Angka itu merupakan satu peratus lebih tinggi berbanding dengan tarif yang telah diumumkan pada April.

Dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimuat naik di akaun Truth Social pada Isnin, Presiden AS Donald Trump berkata angka 25 peratus itu jauh lebih rendah daripada perkara yang diperlukan untuk menghapuskan ketidakseimbangan defisit perdagangan yang AS alami dengan Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, surat itu juga menyatakan tiada tarif akan dikenakan sekiranya Malaysia, atau syarikat Malaysia, memutuskan untuk membangunkan atau menghasilkan produk di AS.

“Malah, Washington akan melaksanakan segala yang mungkin untuk mendapatkan kelulusan dengan cepat, profesional, dan secara rutin -- dalam erti kata lain, dalam beberapa minggu sahaja,” menurut surat itu.

Trump berkata sekiranya Malaysia memutuskan untuk menaikkan tarif, AS juga akan mengenakan tarif tambahan mengikut angka yang dikenakan Malaysia, sebagai tambahan kepada 25 peratus itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Malaysia telah berunding dengan Washington mengenai tarif sejak April, dengan matlamat untuk mengurangkan tarif 24 peratus yang dikenakan sebelum ini, dengan rundingan terkini telah diadakan pada 18 Jun lepas.

Pengumuman itu dibuat menjelang lawatan pertama Setiausaha Negara AS Marco Rubio ke Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan pascamenteri ASEAN-AS dan mesyuarat lain di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang bermula hari ini.

-- BERNAMA