Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) mencatatkan peningkatan.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2026 susut kepada US$3,900.60 setiap auns troy daripada US$3,944.30 ketika ditutup semalam, manakala Disember 2026 turun kepada US$3,915.90 daripada US$3,960.00 dan Januari 2027 merosot kepada US$3,917.00 daripada US$3,961.10.
Kontrak Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 masing-masing turun kepada US$3,944.90 setiap auns troy daripada US$3,989.00 ketika ditutup sebelum itu.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 115 lot daripada 120 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka susut kepada 169 kontrak daripada 175 kontrak.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,870.20 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 12 Nov, 2026.
-- BERNAMA