BERITA TERKINI   Selangor umum bantuan khas dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri, dibayar menjelang 21 Dis - MB Amirudin  | Selangor peruntuk RM24 juta sektor pengangkutan awam, sasar 60 peratus kadar penggunaan pada 2027 - MB Amirudin | Kerajaan Selangor bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM3.3 bilion, RM1.9 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM1.4 bilion bagi pembangunan - MB Amirudin | PRN Melaka: Pengundi disaran keluar mengundi awal, patuhi arahan SPR - Fahmi | Hubungan Malaysia-Indonesia akan terus utuh tanpa mengira apa yang berlaku dalam dinamika politik - Fahmi | 

Unit BCB Ambil Alih Tanah Padang Golf Di Batu Pahat Pada Harga RM36.17 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – Anak syarikat milik penuh BCB Bhd (BCB), iaitu Banang Central Development Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Indah Corporation Bhd bagi memperoleh sebidang tanah pegangan bebas di Batu Pahat, Johor pada harga RM36.17 juta. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, BCB menyatakan bahawa tanah seluas 21 hektar (52 ekar) itu kini digunakan sebagai padang golf.

Menurut BCB, cadangan pembangunan tersebut mempunyai anggaran awal nilai pembangunan kasar sebanyak RM500 juta, yang tertakluk kepada perancangan dan penilaian lanjut. 

Ad Banner
Ad Banner

“Selepas pengambilalihan itu selesai, BCB berhasrat untuk meneroka peluang pembangunan sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan hartanah masa depannya, tertakluk kepada kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan,” menurut makluman itu. 

BCB menjelaskan bahawa pengambilalihan itu adalah sejajar dengan strategi jangka panjangnya untuk memperluaskan bank tanahnya dan mengekalkan kesinambungan projek pembangunan hartanahnya. 

Sementara itu, lokasi dan potensi pembangunan tanah itu membolehkan kumpulan tersebut meningkatkan aktiviti pembangunan hartanahnya di Johor dan memperkukuh kehadirannya di pasaran tempatan. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut BCB lagi, pengambilalihan itu akan dibiayai menerusi dana yang dijana secara dalaman dan pembiayaan bank. 

— BERNAMA