BERITA TERKINI   PRN NS: Semua pihak harus berkempen secara sihat berasaskan idea dan fakta, bukan fitnah atau perbuatan khianat - Fahmi | PM Singapura Wong umum perubahan Kabinet dan pelantikan politik lain - PMO | Malaysia tetap pertahan kedaulatan negara sekat kemasukan warga Israel, tidak tunduk gertakan wakil kongres AS- PM Anwar | Pengambilan pelajar matrikulasi tanpa kira kaum, latar belakang sosioekonomi penting bagi pastikan akses pendidikan lebih adil - PM | Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 | 

Kerajaan Unjur 4.0 Peratus PMKS Terlibat Pelaksanaan e-Invois

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kerajaan mengunjurkan sebanyak empat peratus perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berstatus sederhana dan kecil akan terlibat dalam pelaksanaan e-Invois selepas pematuhan mandatori bermula pada 1 Julai, 2025.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata unjuran itu berdasarkan perkembangan semasa pelaksanaan e-Invois setakat 31 Julai lepas yang merekodkan 417 juta e-Invois dikeluarkan oleh 84,000 pembayar cukai, termasuk usahawan PMKS.

“Pada 2024, Malaysia merekodkan 1.08 juta PMKS dengan pecahan 761,897 perusahaan mikro (70.1 peratus), 306,764 perusahaan kecil (28.2 peratus) dan 17,725 perusahaan sederhana (1.6 peratus).

Ad Banner

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) mengenai peratusan usahawan yang dijangka terlibat dengan e-Invois pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ewon berkata kerajaan menyedari kebimbangan PMKS berhubung kos pematuhan, keperluan melabur dalam perisian perakaunan, latihan pekerja dan risiko penalti jika gagal mematuhi peraturan.

“Sehubungan itu, ambang nilai jualan tahunan untuk pengecualian e-Invois telah dinaikkan kepada RM500,000, manakala program penerangan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan diteruskan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman usahawan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“LHDN juga telah memberi jaminan bahawa sistem e-Invois yang disediakan agensi itu adalah percuma sekiranya digunakan secara langsung oleh pembayar cukai,” katanya.

-- BERNAMA