BERITA TERKINI   Aichi-Nagoya 2026: S. Sivasangari lengkapkan sasaran enam emas negara menerusi skuasy perseorangan wanita | LTdL 2026: Pelumba XDS Astana Team Matteo Malucelli menang peringkat pertama dari Shah Alam ke Kampar | Aichi-Nagoya 2026: Ng Eain Yow raih emas kelima negara menerusi acara skuasy perseorangan lelaki | MCMC, Meta adakan mesyuarat esok berkaitan kes akaun WhatsApp disekat - Teo | MCMC sekat 101.66 juta panggilan 'spoof' dari Februari hingga Ogos lepas - Teo | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif meningkat untuk ditutup lebih tinggi hari ini selepas didorong oleh jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta Oktober 2025 melonjak kepada US$3,956.80 setiap auns troy daripada US$ 3,872.80 yang dicatatkan semasa Jumaat sebelum ini, November 2025 menunjukkan peningkatan kepada US$3,975.0 setiap auns troy daripada US$3,891.0 dan Disember 2025 naik kepada US$3.989.50 setiap auns troy daripada US$3,905.90.

Kontrak Januari 2026 menokok kepada US$4,006.50 setiap auns troy daripada US$3,922.90, manakala kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 kesemuanya ditutup lebih rendah pada US$4,023.40 setiap auns troy auns berbanding US$3,939.80 sebelumnya.

Ad Banner

Jumlah dagangan bertambah kepada 535 lot daripada 212 yang dicatatkan pada penutupan hari Jumaat, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 362 kontrak berbanding 259 sebelum ini. 

Emas fizikal berada pada US$3,885.70 setiap auns troy berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 3 Oktober 2025. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner