BERITA TERKINI   FGV lantik firma audit bebas teliti perkara khusus libatkan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan kumpulan - FELDA | Remaja lelaki bebas tuduhan bunuh pelajar perempuan di PJ, Mahkamah Tinggi Shah Alam perintahkan ditempatkan di Hospital Bahagia | Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 Sept - Saifuddin | Kertas siasatan dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan Surat Cara Proklamasi telah dibuka dan masih dalam proses siasatan -- Saifuddin Nasution | KDN nilai tawaran kapal ronda luar pesisir kedua daripada Ex-United States Coast Guard (USCG) berdasarkan kelayakan belayar, kos baik pulih - Saifuddin | 

Ringgit Dijangka Kekal Kukuh Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mencatat prestasi kukuh minggu depan, meskipun mungkin berlaku aktiviti pengambilan untung susulan pengukuhan baru-baru ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata para pemain pasaran juga sedang menantikan petunjuk baharu, khususnya data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2025 yang akan diumumkan pada 14 November.

Ad Banner

“Kami menjangkakan keputusan sebenar akan berada dalam lingkungan anggaran awal sebanyak 5.2 peratus,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam menjangkakan USD/MYR akan berlegar antara RM4.17 hingga RM4.19 minggu depan.

Bagi perbandingan asas mingguan, ringgit mengukuh berbanding dolar AS, ditutup lebih tinggi pada 4.1735/1775 berbanding 4.1860/1930 pada minggu sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner

Mata wang tempatan itu turut diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dan negara ASEAN lain.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4660/4713 daripada 5.5025/5117, dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8154/8200 daripada 4.8453/8534. Bagaimanapun, ringgit sedikit lemah berbanding yen Jepun kepada 2.7192/7220 berbanding 2.7162/7210 ketika ditutup minggu lepas.

Mata wang tempatan itu menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2015/2048 daripada 3.2185/2241, serta mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 250.0/250.4 daripada 251.7/252.2 pada minggu sebelumnya.

Ia turut naik berbanding peso Filipina kepada 7.07/7.08 daripada 7.12/7.14, dan lebih kukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8999/9174 berbanding 12.9429/9702 sebelum ini.

-- BERNAMA