BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | 

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Naik 3 Sen Mulai 4 Dis

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara meningkat tiga sen seliter masing-masing, kepada RM3.29 dan RM2.66 seliter, bagi tempoh 4 hingga 10 Disember ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada RM3.08 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan terus berada pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) turut kekal pada RM1.99 seliter.

Ad Banner

“Seiring dengan peningkatan harga minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 pada RM3.29 seliter dan RON95 tanpa subsidi pada RM2.66 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 Dis 2025.

“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit RON97 dan RON95 berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, dengan keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

MOF menjelaskan harga mingguan petroleum ditetapkan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), selaras dengan dasar penetapan harga runcit produk petroleum.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Kenyataan itu turut menyebut bahawa kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

-- BERNAMA