BERITA TERKINI   Malaysia berhati-hati sebelum beri dukungan penubuhan 'Peace Committee' diusulkan Presiden AS Trump - PM Anwar | PRK Lamag: Sebanyak 47.34 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 10 pagi - SPR | PRK Kinabatangan: Sebanyak 47.09 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 10 pagi - SPR | MATRADE akan umum trend perdagangan Malaysia yang positif dan tertinggi dalam sejarah negara - PM Anwar  | Malaysia catat jumlah perdagangan tertinggi setakat ini sebanyak RM3 trilion pada 2025 - PM Anwar | 

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$124.1 Bilion Setakat 28 Nov

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) --  Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$124.1 bilion setakat 28 November, 2025, tidak berubah dari 31 Oktober 2025. 

"Kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali hutang luar jangka pendek," kata bank pusat itu melalui satu kenyataan.

Komponen utama rizab terdiri daripada rizab mata wang asing (US$109.8 bilion), rizab Dana Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US $ 5.9 bilion), emas (US$4.8 bilion), dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah aset adalah sebanyak RM610.3 bilion, yang merangkumi emas dan pertukaran asing termasuk rizab lain, merangkumi SDR (RM522.8 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.4 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.1 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.2 bilion), tanah, bangunan dan aset tetap lain (RM4.57 bilion) serta aset-aset lain (RM40.2 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan liabiliti adalah sebanyak RM610.3 bilion, yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM205.3 bilion), mata wang dalam edaran (RM173.8 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM121.4 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM4.04 bilion), deposit lain (RM65.86 bilion), kertas Bank Negara (RM8.53 bilion), peruntukan SDR (RM27.88 bilion) dan liabiliti lain (RM3.28 bilion).

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner