BERITA TERKINI   Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 Sept - Saifuddin | Kertas siasatan dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan Surat Cara Proklamasi telah dibuka dan masih dalam proses siasatan -- Saifuddin Nasution | KDN nilai tawaran kapal ronda luar pesisir kedua daripada Ex-United States Coast Guard (USCG) berdasarkan kelayakan belayar, kos baik pulih - Saifuddin | Kadar elaun anggota RELA RM8 sejam akan disemak kepada kadar lebih munasabah -- Saifuddin Nasution | Pasukan Petugas Pusat Data telah menerima lebih 40 permohonan untuk mewujudkan atau memperluas operasi di Malaysia tahun ini - MITI  | 

Kerajaan Lulus Pelaburan Milikan Asing Sektor Perkilangan Bernilai RM357.1 Bilion Dari 2022 - Sept 2025

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) - Sebanyak 1,361 projek pemilikan asing dalam sektor perkilangan di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah diluluskan dengan jumlah pelaburan bernilai RM357.1 bilion bagi tempoh 2022 hingga September 2025.

MITI menerusi jawapan bertulis yang dikeluarkan dalam laman sesawang rasmi Parlimen berkata pelaburan itu dijangka menjana sebanyak 185,044 peluang pekerjaan baharu. 

“Majoriti daripada jumlah tersebut, iaitu sebanyak 966 projek (atau 71 peratus) dengan pelaburan diluluskan bernilai RM282.2 bilion telahpun direalisasikan.

Ad Banner

“Manakala, sebanyak 356 projek perkilangan (atau 26.2 peratus) masih di peringkat perancangan, melibatkan proses pemilihan lokasi serta perbincangan bersama pihak pemaju dan perunding,” katanya. 

Projek ini melibatkan pelaburan diluluskan berjumlah RM60.1 bilion dan dijangka menjana sebanyak 39,121 peluang pekerjaan baharu apabila direalisasikan kelak.  

MITI berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Lumut) yang bertanyakan tentang berapa banyak pelaburan asing yang diumumkan sejak 2022 benar-benar telah direalisasikan serta jumlah sebenar peluang pekerjaan berpendapatan tinggi yang telah diwujudkan. 

Ad Banner
Ad Banner

— BERNAMA